Ahad, 5 September 2010



SEMPENA KEDATANGAN 1 SYAWAL TIDAK BEBERAPA HARI LAGI, JAWATANKUASA RUKUN TETANGGA TAMAN SENTOSA, GEMAS MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI DAN MAAF ZAHIR DAN BATIN UMAT ISLAM BUAT SEMUA PENDUDUK TAMAN SENTOSA DAN TAMAN SAHABAT YANG BERAGAMA ISLAM SERTA SEMUA UMAT ISLAM TIDAK KIRA DI MANA BERADA. SEMOGA KEHADIRAN HARI LEBARAN INI AKAN MENAMBAHKAN LAGI KEKUATAN UMMAH DAN MEMPERERATKAN LAGI PERSAUDARAAN KITA SESAMA UMAT ISLAM.

DI HARI MULIA INI, MARILAH KITA BERMAAF-MAAFAN DI ANTARA SATU SAMA LAIN, BERSYUKUR TANDA KITA TELAH BEROLEH KEMENANGAN MENUNAIKAN KEWAJIPAN SEBAGAI UMAT ISLAM SEPANJANG BULAN RAMADHAN AL-MUDARAK.

Khamis, 5 Ogos 2010

Aktiviti

6 OGOS 2010

4 orang AJK Rukun Tetangga Taman Sentosa iaitu Saudara Raduan Abd. Hamid(Pengerusi JK), Saudara Ab. Wahab Dahalan(Naib Pengeusi), Saudara Kamarzaman Md. Sharif(Setiausaha) dan Saudara Abd. Razak Kechut(Pengeerusi SRS) telah menghadiri Bengkel Pengurusan Kawasan Rukun Tetangga Daerah Tampin/Gemas yang telah diadakan di Hotel Seri Malaysia,
Ayer Keroh, Melaka selama dua hari bermula 5hb. Ogos - 6hb. Ogos 2010. Kehadiran keseluruhan AJK RT daerah Tampin dan Gemas ialah seramai lebih kurang 71 orang di bawah kendalian 3 orang Pegawai Jabatan Perpaduan Daerah diketuai En. Shamsul dan dibantu En. Shukri dan En. Vikky.

Pengisian program bengkel selama 2 hari diisi dengan bengkel dan ceramah bagi memantapkan lagi pengetahuan dan pemahaman setiap
ajk RT. Slot tersebut ialah:

a. Taklimat bengkel oleh En. Shamsul
b. Penerangan oleh wakil RT Johan Peringkat Kebangsaan, RT
Dangi, Kuala Pilah.
c. Pengurusan Kewangan oleh En. Rohaizat, Pegawai Jabatan
Perpaduan Daerah Kuala Pilah.
d. RT dan Keselamatan Negara oleh ASP Shamsudin, Ketua Cawangan
Khas IPD Tampin.

e. PerancanganAktiviti RT oleh En. Mohamad dari Jabatan Perpaduan Negeri
Melaka.
f. Sesi Ramah Mesra dan dan Perasmian oleh Pengarah Jabbatan
Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, En. Abdul Halin B
in Hassan.

Saudara Raduan, Pengerusi RT Taman Sentosa juga telah dilantik sebagai Penghulu dengan undian sebulan suara. Secara keseluruhannya,
bengkel ini telah mencapai objektifnya terutama sesi ramah mesra bersama Pengarah JPNIN di mana banyak soalan telah dikem
ukakan yang berkaitan aktiviti RT, peruntukan dan pos kawalan SRS.

Majlis Perasmian Penutupan Bengkel telah disempunakan oleh Yang Berbahagia Tuan Pengarah JPNIN Negeri Sembilan setelah berakhirnya sesi ramah mesra.




Sesi ramah mesra bersama Pengarah JPNIP Negeri Sembilan

Rabu, 26 Mei 2010

Masuk hari ini, dah dua kali mesyuarat AJK RT Taman Sentosa ditangguhkan. Semuanya kerana di kalangan ajk ada yang terlibat dengan program RT Pasir Besar yang akan menganjurkan program Forum Perdana Islam dan juga atas urusan yang lain. Jika tiada masalah, mesyuarat itu akan di adakan pada minggu hadapan iaitu pada 1 Jun 2010. Antara yang akan dibincangkan adalah berkaitan Program Karnival Pendidikan & Kerjaya yang akan diadakan pada bulan Julai nanti.

Skim rondaan sukarela RT Taman Sentosa kini telah masuk pusing kedua dan untuk pusingan yang seterusnya akan dimantapkan lagi jadual tugasan setiap kumpulan antaranya dengan menambahkan lagi bilangan ahli mengikut kumpulan.Selain daripada itu, penyusunan semula tugasan setiap. Walaupun kehadiran petugas yang bertugas agak mendukacitakan, namun ahli yang hadir tetap komited dengan tugasan masing-masing. Tahniah danselamat menjalankan tugas kepada semua petugas......




Jumaat, 21 Mei 2010

Hampir sebulan telah berlalu semenjak laman blog ini dilancarkan dengan rasminya oleh Dato' Ir. Jamlus, dan selepas itu blog ini tidak dikemaskinikan atas kesibukan admin dengan pelbagai tugas. Dalam tempoh itu juga, sebenarnya, RT Taman Sentosa telah menjalankan beberapa aktiviti kemasyarakatan untuk menjalinkan perpaduan di kalangan penduduk taman.

Antara aktiviti yang telah dan sedang berjalan secara berterusan ialah:

1. Kelas tuisyen mata pelajaran Sains untuk pelajar-pelajar yang akan menduduki PMR pada tahun ini yang dikendalikan oleh seorang guru yang berpengalaman iaitu Cikgu Asiah. Kelas ini telah bermula sejak bulan Mac yang lalu bertempat di Bilik Gerakan RT Taman Sentosa pada setiap hari Isnin dari pukul 8.00 malam hingga 10.00 malam.

2. Di bawah Jawatankuasa Jiran Wanita, pasukan bola jaring telah ditubuhkan dan latihan telah dijalankan hampir pada setiap petang. Seterusnya perlawanan persahabatan yang pertama telah diadakan dengan perlawanan menentang pasukan bola jaring dari Kg. Londah pada 21hb. Mei, 2010 bertempat di gelanggang futsal Taman Sentosa.

3. Skim Rondaan Sukarela RT Taman Sentosa berjalan mengikut jadual yang telah disusun oleh Biro SRS yang diketuai oleh Cikgu Razak sebagai pengerusi biro. Pada peringkat permulaan, bilik operasi SRS bertempat di Bilik Gerakan RT kemudian dengan persetujuan Pengerusi RT Taman Sentosa, En. Raduan, bilik operasi SRS telah berpindah dan menumpang sementara waktu di pejabat beliau yang mana kedudukan pejabat beliau begitu strategik sekali kerana terletak di kawasan jalan masuk taman. Bilik operasi ini akan beroperasi di sini untuk sementara waktu sehingga kabin yang diperuntukkan untuk SRS RT Taman Sentosa didirikan nanti.

Sementara itu, JK Rukun Tetangga Taman Sentosa juga sedang merancang untuk menganjurkan Karnival Pendidikan dan Kerjaya pada Bulan Julai nanti selama dua hari. Karnival ini nanti akan melibatkan beberapa pihak seperti IPTS dan pihak swasta dengan kerjasama jabatan kerajaan.















Kelas tuisyen Sains untuk pelajar yang akan menduduki PMR 2010. Semoga maju jaya buat semua pelajar.
















Pasukan Bola Jaring RT Taman Sentosa













Sewaktu perlawanan persahabatan diantara pasukan RT Taman Sentosa menentang pasukan Kg. londah













Pasukan Bola Jaring Kg. Londah













Pengerusi Jiran Wanita menyampaikan ucapan selepas perlawanan














Penyampaian cenderamata kepada pemain oleh Pengerusi Jiran Wanita

Jumaat, 16 April 2010

MAJLIS PELANCARAN BLOG DAN RAMAH MESRA KRT TAMAN SENTOSA



MALAM MAJLIS PELANCARAN




MALAM MAJLIS PELANCARAN

Penduduk Taman Sentosa dan Taman Sahabat sedang memenuhi dewan


Barisan AJK RT Taman Sentosa sewaktu menanti kehadiran VIP



PERSIAPAN MAJLIS PELANCARAN BLOG

JIRAN WANITA BERSAMA MEMBUAT PERSIAPAN MAJLIS



KAKITANGAAN MAJLIS DAERAH GEMAS SEDANG MENYUSUN ATUR BUNGA



Band 51 Arti membuat persiapan persembahan

Khamis, 8 April 2010

Skim Rondaan Rukun Tetangga



Taklimat rondaan RT Taman Sentosa disampaikan oleh Pengerusi RT, Saudara Raduan Abd. Hamid.










Petugas rondaan sedang bersiap sedia untuk menjalankan tugas.





Sesi bergambar petugas rondaan bersama ajk RT




Petugas rondaan sedang membuat rondaan.

Sabtu, 3 April 2010

Aktiviti Rukun Tetangga Taman Sentosa


AKTIVITI BULAN APRIL

1. TAKLIMAT SKIM RONDAAN SUKARELA OLEH PEGAWAI JABATAN PERPADUAN
DAN PIHAK PIHAK POLIS:

TARIKH : 2HB. APRIL, 2010
MASA : 9.00 MALAM
TEMPAT : KELAS TASKI TAMAN SENTOSA
KEHADIRAN :
AHLI SRS TAMAN SENTOSA, WAKIL KRT FELDA PASIR BESAR,
DAN KRT TAMAN HALACARA BARU, LONDAH

Sesi pendaftaran sebelum sesi taklimat

Jiran wanita turut hadir semasa taklimat SRS



Antara ahli SRS yang hadir





Para peserta khusyuk mendengar taklimat
Pengerusi RT Taman Sentosa dan para tetamu
Taklimat oleh En. Shamsul Kahar, Pegawai Jabatan Perpaduan Daerah Tampin
Para peserta dari ketiga-tiga kumpulan RT Kawasan Gemas.
Taklimat oleh wakil Balai Polis Gemas
Taklimat oleh Pengerusi SRS Taman Sentosa, Cikgu Razak

2. SKIM RONDAAN SUKARELA RUKUN TETANGGA TAMAN SENTOSA BERMULA
DAN DILANCARKAN PADA 7HB. APRIL, 2010. KUMPULAN PERTAMA BERTUGAS
YANG DIKETUAI OLEH PENGERUSI KRT TAMAN SENTOSA SENDIRI IAITU
SAUDARA RADUAN BIN ABD. HAMID.



3. MAJLIS PELANCARAN LAMAN BLOG DAN RAMAH MESRA KRT TAMAN SENTOSA

TARIKH : 16HB. APRIL 2010
MASA : 8.00 MALAM
TEMPAT : DEWAN BESAR GEMAS,PEJABAT DAERAH GEMAS

KEHADIRAN : DIJEMPUT SEMUA PENDUDUK TAMAN SENTOSA DAN
TAMAN SAHABAT.

PERASMIAN : Yang Berbahagia Dato' Ir Jamlus Bin Abd. Aziz
AJK Umno Bahagian Tampin