Jumaat, 21 Mei 2010

Hampir sebulan telah berlalu semenjak laman blog ini dilancarkan dengan rasminya oleh Dato' Ir. Jamlus, dan selepas itu blog ini tidak dikemaskinikan atas kesibukan admin dengan pelbagai tugas. Dalam tempoh itu juga, sebenarnya, RT Taman Sentosa telah menjalankan beberapa aktiviti kemasyarakatan untuk menjalinkan perpaduan di kalangan penduduk taman.

Antara aktiviti yang telah dan sedang berjalan secara berterusan ialah:

1. Kelas tuisyen mata pelajaran Sains untuk pelajar-pelajar yang akan menduduki PMR pada tahun ini yang dikendalikan oleh seorang guru yang berpengalaman iaitu Cikgu Asiah. Kelas ini telah bermula sejak bulan Mac yang lalu bertempat di Bilik Gerakan RT Taman Sentosa pada setiap hari Isnin dari pukul 8.00 malam hingga 10.00 malam.

2. Di bawah Jawatankuasa Jiran Wanita, pasukan bola jaring telah ditubuhkan dan latihan telah dijalankan hampir pada setiap petang. Seterusnya perlawanan persahabatan yang pertama telah diadakan dengan perlawanan menentang pasukan bola jaring dari Kg. Londah pada 21hb. Mei, 2010 bertempat di gelanggang futsal Taman Sentosa.

3. Skim Rondaan Sukarela RT Taman Sentosa berjalan mengikut jadual yang telah disusun oleh Biro SRS yang diketuai oleh Cikgu Razak sebagai pengerusi biro. Pada peringkat permulaan, bilik operasi SRS bertempat di Bilik Gerakan RT kemudian dengan persetujuan Pengerusi RT Taman Sentosa, En. Raduan, bilik operasi SRS telah berpindah dan menumpang sementara waktu di pejabat beliau yang mana kedudukan pejabat beliau begitu strategik sekali kerana terletak di kawasan jalan masuk taman. Bilik operasi ini akan beroperasi di sini untuk sementara waktu sehingga kabin yang diperuntukkan untuk SRS RT Taman Sentosa didirikan nanti.

Sementara itu, JK Rukun Tetangga Taman Sentosa juga sedang merancang untuk menganjurkan Karnival Pendidikan dan Kerjaya pada Bulan Julai nanti selama dua hari. Karnival ini nanti akan melibatkan beberapa pihak seperti IPTS dan pihak swasta dengan kerjasama jabatan kerajaan.















Kelas tuisyen Sains untuk pelajar yang akan menduduki PMR 2010. Semoga maju jaya buat semua pelajar.
















Pasukan Bola Jaring RT Taman Sentosa













Sewaktu perlawanan persahabatan diantara pasukan RT Taman Sentosa menentang pasukan Kg. londah













Pasukan Bola Jaring Kg. Londah













Pengerusi Jiran Wanita menyampaikan ucapan selepas perlawanan














Penyampaian cenderamata kepada pemain oleh Pengerusi Jiran Wanita

Tiada ulasan:

Catat Ulasan