Rabu, 26 Mei 2010

Masuk hari ini, dah dua kali mesyuarat AJK RT Taman Sentosa ditangguhkan. Semuanya kerana di kalangan ajk ada yang terlibat dengan program RT Pasir Besar yang akan menganjurkan program Forum Perdana Islam dan juga atas urusan yang lain. Jika tiada masalah, mesyuarat itu akan di adakan pada minggu hadapan iaitu pada 1 Jun 2010. Antara yang akan dibincangkan adalah berkaitan Program Karnival Pendidikan & Kerjaya yang akan diadakan pada bulan Julai nanti.

Skim rondaan sukarela RT Taman Sentosa kini telah masuk pusing kedua dan untuk pusingan yang seterusnya akan dimantapkan lagi jadual tugasan setiap kumpulan antaranya dengan menambahkan lagi bilangan ahli mengikut kumpulan.Selain daripada itu, penyusunan semula tugasan setiap. Walaupun kehadiran petugas yang bertugas agak mendukacitakan, namun ahli yang hadir tetap komited dengan tugasan masing-masing. Tahniah danselamat menjalankan tugas kepada semua petugas......




Tiada ulasan:

Catat Ulasan