Khamis, 5 Ogos 2010

Aktiviti

6 OGOS 2010

4 orang AJK Rukun Tetangga Taman Sentosa iaitu Saudara Raduan Abd. Hamid(Pengerusi JK), Saudara Ab. Wahab Dahalan(Naib Pengeusi), Saudara Kamarzaman Md. Sharif(Setiausaha) dan Saudara Abd. Razak Kechut(Pengeerusi SRS) telah menghadiri Bengkel Pengurusan Kawasan Rukun Tetangga Daerah Tampin/Gemas yang telah diadakan di Hotel Seri Malaysia,
Ayer Keroh, Melaka selama dua hari bermula 5hb. Ogos - 6hb. Ogos 2010. Kehadiran keseluruhan AJK RT daerah Tampin dan Gemas ialah seramai lebih kurang 71 orang di bawah kendalian 3 orang Pegawai Jabatan Perpaduan Daerah diketuai En. Shamsul dan dibantu En. Shukri dan En. Vikky.

Pengisian program bengkel selama 2 hari diisi dengan bengkel dan ceramah bagi memantapkan lagi pengetahuan dan pemahaman setiap
ajk RT. Slot tersebut ialah:

a. Taklimat bengkel oleh En. Shamsul
b. Penerangan oleh wakil RT Johan Peringkat Kebangsaan, RT
Dangi, Kuala Pilah.
c. Pengurusan Kewangan oleh En. Rohaizat, Pegawai Jabatan
Perpaduan Daerah Kuala Pilah.
d. RT dan Keselamatan Negara oleh ASP Shamsudin, Ketua Cawangan
Khas IPD Tampin.

e. PerancanganAktiviti RT oleh En. Mohamad dari Jabatan Perpaduan Negeri
Melaka.
f. Sesi Ramah Mesra dan dan Perasmian oleh Pengarah Jabbatan
Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, En. Abdul Halin B
in Hassan.

Saudara Raduan, Pengerusi RT Taman Sentosa juga telah dilantik sebagai Penghulu dengan undian sebulan suara. Secara keseluruhannya,
bengkel ini telah mencapai objektifnya terutama sesi ramah mesra bersama Pengarah JPNIN di mana banyak soalan telah dikem
ukakan yang berkaitan aktiviti RT, peruntukan dan pos kawalan SRS.

Majlis Perasmian Penutupan Bengkel telah disempunakan oleh Yang Berbahagia Tuan Pengarah JPNIN Negeri Sembilan setelah berakhirnya sesi ramah mesra.




Sesi ramah mesra bersama Pengarah JPNIP Negeri Sembilan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan